Isnin, 22 Jun 2009

Wahai Pemuda-pemudi Islam Sejati...

Masa lalu meninggalkan tauladan.
Masa kini akan berakhir.
Masa hadapan adalah milik kalian untuk mewarisi kepimpinan yang memakmurkan alam..

Kini sudah tiba masanya untuk kalian bangun dan berdiri sendiri.
Mulakan langkah pertama untuk bermasyarakat.
Anggotanya sebahagian besar seangkatan dengan kalian.
Sedangkan angkatan yang terdahulu semestinya sedikit demi sedikit meninggalkan sejarah yang telah mereka lakar.
Kini di bahu kalian terpikul peranan meneruskan amanah kehidupan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
Setiap bangsa di dunia menyedari hakikat anak muda merupakan aset terbesar untuk kegemilangan masa hadapan.
Maka carilah segala kekuatan di setiap ruang dan peluang yang hadir untuk meningkatkan diri sendiri dan sebagai bekalan menuju Rabb.

Sabtu, 20 Jun 2009

Duhai Remaja...

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

[sedikit kata-kata oleh kak fatimah syarha]