Selasa, 17 November 2009

Ujian itu...

Salam Alaik Pembuka Madah..

Ujian itu...

Beberapa minit yang lalu, saya telah diuji oleh Allah dengan satu musibah...

"Tertinggal kunci kereta dalam kereta kawan"

Entah macam mana la boleh lupe nak amik..
ini dah kali kedua saya melakukan perkara ini..
saya mula memikirkan bahawa ini adalah PERINGATAN DARI ALLAH..
mungkin ada dosa dan salah yang saya telah buat ri ni dan Allah menimpakan musibah ini sebagai kifarah kpd Dosa dan kesalahan saya...

Ya Allah, ujian ini adalah PERINGATAN dari MU, ku redha ya Allah...
Kau bantulah aku dan kuatkanlah hati dan iman ku...

tetiba teringat satu ungkapan...

Wahai Tuhan, ku tak layak untuk syurgaMU
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
Ampunkan dosaku terima la taubatku
Sesungguhnya Engkau la Pengampun Dosa-dosa Besar...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



dah tak tau nak buat apa, saya pun tepon la kawan sekolej saya iaitu Pijie dan mitak tolong die...

tanpa banyak tanya, dier terus menawarkan pertolongannya kepada ku...

Terima kasih bebyk buat rakan2 ku yang tolong kopakkan kereta untuk bukak kereta tu....

Moga Allah kurniakan Rahmat dan SyurgaNYa buat kalian...amin ya rabbal alamin..


terima kasih buat PIJIE, AMAR, FAD, MIERUL DAN MAT ANIP

atas bantuan dari kalian...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, 10 November 2009

Sudah selesai...


Salam Alaik Pembuka Madah..

Sudah selesai...

apa yang selesai?? hehe

exam dah abih...

alhamdulillah..petang tadi last paper di KTAMS jam 3.30 petang..
oleh sebab tak tahu nak buat apa dah biler sumer dah siap jawab, saya pun keluar jer la dari dewan yang sejuk tu jam 5 petang..hehe..keluar awal lagi....

lepas ni, stat la cuti ...

tapi ader medan yang sudah terbentang luas menanti ku di kampung nnt..

tapi yang paling terdekat ialah:
PROGRAM PERKHEMAHAN KEMBARA ILMU RDK di SMK SAGIL pada 13-15 NOV 2009...

sy nak amik kesempatan ni, nak ucapkan selamat bercuti kpd semua..gunakanlah waktu cuti ni sebaik2nya...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam...

Sabtu, 7 November 2009

suka-suka

Selamat Menghadapi Peperiksaan


salam alaik pembuka bicara...

kepada semua rakan2 walau di mana berada, saya nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan...
buat elok2 yer..
semoga segala usaha kita diterima oleh Allah sebagai satu bekalan untuk bertemuNya nnt..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Raya 2009 lagi..

salam alaik pembuka madah...

nak sambung cerita raya saya...

kami pun bertolak la ke batu gajah Perak pada jam 6 petang, nak dipendekkan cerita...

oleh sebab kesemuanya keletihan tidak dapat memandu {sedangkan di dlm kereta itu, terdapat 5 orang pemandu bertauliah}, banyak la berhenti di tepi jalan untuk tidur sebentar...

berhenti punyer berhenti, kami sampai di R&R Seri Iskandar jam 5 pagi untuk solat subuh, kami sampai di kediaman opah jam 8.30 pagi...

ha!!! lebih dari 12 jam dalam kereta, pngalamn yang tidak dapat dilupakan...

antara sebab mengapa kami sekeluarga bergegas balik ke kampung perak {padahal boleh bertolah esoknya} adalah kerana ingin berjumpa dengan 3 orang sepupu yang saya memang tak pernah juper..

sebab tak juper ialah mereka duk kat sabah, dan ader mslh cket yang sy rasa perlu dirahsiakan...

inilah gambar sepupu2 saya yang 3 orang yang saya memang tak pernah juper sejak bebdk ni lahir lagi..

sumernyer adalah adik2 sahaja dari saya..


ni yang pertama
~asyraf, 17 tahun, sek sains selangor~
{gambar ngan ibunya, mak anjang}


ini yang kedua {yang berdiri tu, dah tak der gambar lain dah.hehe}
~safwan, 15 tahun~

ni yang ketiga
~jehan, 13 tahun~
{bergambar ngan adik saya, wawa}

memang rasa seronok yang teramat sangat sebab dapat juper diaorng ini, memang diaorg sumer sempoi giler!!

dipendekkan cerita sekali lagi, banyak la jugak berjalan ke kampung2 lg sebab nak kenalkan diaorng bertiga ini pasal keluarga kami yang teramat besar ini...

dari batu gajah ke tg tualang ke pasir salak ke kampung gajah ke kg bawah bungor ke tambun ke ipoh kami sumer berjalan...

antara ahli2 keluarga yang ada sewaktu raya tahun 2009 ini ialah:

1.
yang teramat mulia
~opah~

2.
family mak long nor
~pak long, mak long, lukman, aizat, kak ngah, kak lang dan syamil~

3.
keluarga pak ngah
~pak ngah, mak ngah, salman, zaid, husin, fatimah, abg aiman~

4.
keluarga saya la
~yang 9 orang kecuali saeed{sedang berjihad di Mesir}~

5.
keluarga ayah uda
~ayah uda, mak uda, abg hadi, hakim, fatin, husna, adam~

6.
keluarga pak cik elon
~pak cik elon, mak cik nanda, daniel, najah, juan, zarith dan hanis~

7.
family ayah anjang
~ayah anjang, mak anjang, asyraf, safwan, jehan, nazrin, arshad~

8.
family pak cik zari
~pak cik zari dan mak cik pah~

9.
family maksu
~pak su dan maksu~

ramai kan??!! kalu berjalan tu, berderet la 11 kereta yang pelbagai saiz..huhu

sebelum berjalan buat kali terakhir bersama 3 orang sepupu saya yang dah nak balim waktu tu, sempat la kami mengambil gambar semua cucu opah...

kenangan yang tidak akan dilupakan...

ini la serba sedikit kisah raya saya pada tahun ini...

salam alaik...

Khamis, 5 November 2009

Raya 2009

bismillah pembuka madah...
sudah lama tidak post apa2 entry disebabkan kesibukan yang melampau...
walaupun sudah sebulan berlalu raya, namun ader sedikit bingkisan mahu diceritakan berkenaan raya tahun 2009 ini...

-raya pertama-

kami sekeluarga beraya di trg tahun ini sebab ikut giliran balik kampung...
pagi raya, solat di SMASKL (sekolah swasta adik2 ku) dan lepas tu pegi jalan2 raya kat umah kawan2 abi {pak cik li atas tol, oak cik li kepong}

lepas tu baru balik rumah tokki ngan tokwan kat beladau selat..
waktu kami datang tu, sebab dah lewat sangat kan..sumer pakcik2 dah balik kebanyakannya..tinggal mak cik ha ngan beberapa sepupu sepapat jer...

saya bersama kakak

kakak, kak su ngan kak da {sume ijau kan...}

kak da, ma, wawa ngan kakak

~ngan sepupu-sepapat sekali~
izzah, kakda, jihah, sarah, kakak ngan kak su


saya bersama tb
{the only adik laki yang ada kat umah, lagi sorang ngah belajar kat mesir..saeed, abg rindu kamu!!!}

ini la serba sedikit cerita di raya pertama di umah tokki ngan tokwan...
gambar tokki ngan tokwan tak sempat nak amik sebab diaorang asyik sibuk melayan tetamu yang datang...hehe



-raya kedua-

ceritera di raya kedua plak....
kami sekeluarga ada la buat makan2 cket..
jemput org datang makan...
ahli2 keluarga ngan sahabat2 terdekat jer..

juadah :
~mee kari spesial dari ummi~
~nasi impit ngan kuah kacang dari saya {tapi tukang kacau jer la, ummi nyer resepi}~
~rendang~
~kuih2 raya la~

oleh sebab terlalu busy melayan tetamu yang datang, tak sempat nak amik apa2 gambar...maaf la yer...

kami merancang nak jemput sampai kul 2 macam tu jer, tetapi tetiba ada tetamu istimewa plak yang datang...

nak tahu siapa??

kak qaya ngan abg fazri plak datang
{ni la sepupu sulong belah ummi yang dah mendirikan umah tangga}

dia bawak sekali anak sulong mereka iaitu UMAIR...

umair bersama bapa2 dan ibu2 sepupu mereka
~umair ini la anak sepupu saya yang pertama~

lepas dah tak der orang dah, kami pun bergegas la kemas umah sebab nak balik kampung satu lagi plak iaitu di batu gajah, perak...

kami dibahagikan kepada 2 kumpulan {ala2 di sekolah plak, maklumlah ahlinyer yang ramai}
separuh kene kemas dapur dan separuh lagi kene kemas baju2 nak bwak...hehe

kami bertolak meninggalkan umah tepat jam 6 petang...

cerita akan bersambung lagi....

salam...

p/s: entry ini dibuat untuk adik lelaki saya (saeed) yang sedang belajar di mesir dan buat pertama kalinya, dier beraya jauh dari kami sekeluarga...

abg rindu dan sayang kamu...

Jumaat, 4 September 2009

Pesanan seorang sahabat.....


Bulan RAMADHAN : Adat atau Ibadat??

Adakah Ramadhan yang akan dilalui ini masih sama dengan Ramadhan yang lepas??
Apakah bezanya Ramadhan ini dengan bulan-bulan lain??
Adakah aku hanya menunggu Ramadhan untuk beribadat??
Adakah betul niatku beribadat pada Ramadhan ini??
Betulkah kefahaman, keyakinan, amalan, natijah dan kesanku pada Ramadhan??

Ingat la sahabat-sahabat ku...

Aku tidak hanya mahu menjadi hamba kepada Ramadhan semata-mata...
tapi aku ignin menjadi kepada ALLAH selama-lamanye...
kerana ku yakin, ALLAH berada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja...

Renung-renungkan lah...

p/s: sekadar peringatan terhadap diri sendiri dan buat sahabat-sahabat sekalian....

Isnin, 22 Jun 2009

Wahai Pemuda-pemudi Islam Sejati...

Masa lalu meninggalkan tauladan.
Masa kini akan berakhir.
Masa hadapan adalah milik kalian untuk mewarisi kepimpinan yang memakmurkan alam..

Kini sudah tiba masanya untuk kalian bangun dan berdiri sendiri.
Mulakan langkah pertama untuk bermasyarakat.
Anggotanya sebahagian besar seangkatan dengan kalian.
Sedangkan angkatan yang terdahulu semestinya sedikit demi sedikit meninggalkan sejarah yang telah mereka lakar.
Kini di bahu kalian terpikul peranan meneruskan amanah kehidupan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
Setiap bangsa di dunia menyedari hakikat anak muda merupakan aset terbesar untuk kegemilangan masa hadapan.
Maka carilah segala kekuatan di setiap ruang dan peluang yang hadir untuk meningkatkan diri sendiri dan sebagai bekalan menuju Rabb.

Sabtu, 20 Jun 2009

Duhai Remaja...

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

[sedikit kata-kata oleh kak fatimah syarha]

Selasa, 26 Mei 2009

OKU??
















OKU...

Orang Kurang Upaya @ Orang Kelainan Upaya??



Jika ditanya pendapat umum, pasti jawapannya adalah ORANG KURANG UPAYA..
iaitu golongan yang mengalami kurang uapaya atau keupayaanya adalah berkurangan berbanding yang normal...

Namun, semenjak saya berada di dalam bidang PENDIDIKAN KHAS, barulah saya mula memahami serba sedikit perasaaan mereka, bagaimana mereka didiskriminasikan oleh masyarakat umum..

Itula menjadi penyebab kenapa kami (pljr kos pendidikn khas) cuba untuk menukar OKU itu kepada ORANG KELAINAN UPAYA..

Mereka sebenarnya memang kurang upaya, ttpi jika dilihat sebenarnya keupayaan mereka adalah berlainan dari orang lain...mereka yang mengalami masalah penglihatan boleh menjawat jawatan setinggi ahli parlimen tak kurang juga orang lain yang mengalami kecacatan lebih dari itu namun tetap boleh berjaya..

Namun masyarakat kita hanya memandang sebelah mata sahaja kepada keupayaan golongan ini...dengan hanya memandang kecacatan, semua potensinya ditolak...

Harapan saya, semoga golongan OKU ini terus maju seiring dengan golongan yang dikatan "normal" itu....

Sabtu, 16 Mei 2009

kian mekar...

salam alaik...

setelah lama mendiam diri..
baru terdetik ingin melakar sesuatu...

harap maaf atas kesepian selama ini...
disebabkan kesuntukan masa dengan hal akademik dan tidak akademik yang menyebabkan blog ini lama menyepi...
hehehe

pertamanya..
salam ukhwah buat semua..

Khamis, 1 Januari 2009

Program KHIDMAH 08 1

baru2 ini, saya telah menyertai satu program khidmat masyarakat haluan yang telah diadakn di Kampung baru cenderawasih Pekan Pahang...

ia bermula...

program itu akan diadakan di Pahang, tetapi semua para fesi haluan akan berkumpul di SerIA terlebih dahulu untuk sesi taklimat program. saya bersama fesi2 dari terengganu berangkat ke kuantan dengan menaiki bas pada jam 3 petang di stesen bas MPKT...

Tepat jam 3 petang, kami telah berkumpul di sana menantikan bas yang tidak kunjung tiba..
hampir sejam kami menunggu, tapi kelibat bas jugak tidak kelihatan..syamil (ketua rombongan) ketika itu dah tak senang duduk dah, die telah berulang alik dari kaunter untuk bertanya perihal bas tersebut namun pihak kaunter menyatakan suruh kami tunggu sahaja sehingga bas itu tiba..

tunggu punyer tunggu...bas itu muncul jam 4.30 petang, tetapi bas akan bertolak pada jam 5 petang memandangkan waktu Asar telah masuk...
Kami pon berpesan sesama sendiri, ini ujian Allah jer..baru sikit..
kami pon bergerak la ke surau untuk menunaikan solat fardhu asar secara berjemaah..

tepat jam 5 petang, bas pon bertolah la ke kuantan..

kami tiba di kuantan jam 8.30 malam dan shbt/shbh di sana telah siap sedia menunggu kami di sana...

sahibah telah diambil mak cik dah kuantan manakala sahabat diambil oleh pak cik azmi dan pak cik jamar oleh kerana kuantiti kami lebih ramai....

kami pon tiba di SeRia 30 minit selepas itu..

pembuka bicara..

bismillah ucapan pembuka bicara....
2008 telah meninggalkan kita...
tiba 2009 moga membawa sinar bahagia dan lebih harapan pada kita..

sedikit coretan dari saya setelah lame sudah tidak menulis ape2...

sewaktu cuti pertengahan sem yg lepas, sy bersama beberapa fesi haluan telah menyertai satu program khidmat masyarakat haluan yang telah diadakn di kampg baru cenderawasih pekan pahang, tapi bukan kisah ini yang mahu saya tuliskan...

ade sedikit pesanan yang ingin saya kongsikan dengan rakan2..

selepas solat subuh berjemaah di tempat penginapan kami, saya telah adakan sesi tazkirah dan ade satu tazkirah yang benar2 menyentuh hati saya..

" Barang siapa yang hari ini same dengan hari semalamnya, maka die adalah rugi..
Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalamnya, maka die adalah adalah terkutuk..
Barangsiapa yang tidak bertambah, die akan terus berkurang..
Barangsiapa yang terus berkurang, maka MATI adalah lebih baik baginya..."

Renungkan...