Khamis, 11 Februari 2010

Kita macam buih???!!!


Diriwayatkan drpd Tahuban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud :

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. MEREKA IBARAT BUIH DI LAUT"

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah s.a.w "Kerana ada 2 penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-WAHN"

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-WAHN?"

Rasulullah s.a.w bersabda:

"CINTAKAN DUNIA & TAKUT AKAN KEMATIAN"

betul ker??? Tanya la diri sendiri yer....

(yang bawah ni di cuplik dari akhi ali irfan utk tatapan bersama)


Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari godaan syaitan dan nafsu, menggariskan 10 dasar muhasabah harian:
  • Qiyamullail – membina kekuatan luar biasa.
  • Solat subuh berjemaah – beroleh jaminan perlindungan dari Allah.
  • Tadabbur dan berwirid dengan al-quran hingga berlinang air mata.
  • Pastikan sumber makanan dan rezeki yang diperoleh dari sumber yang jelas dan halal. Tujuan makan dan minum untuk mendapat tenaga beribadah.
  • Bersihkan diri dari sifat malas, Islam tidak suka pengangguran. Bersihkan rezeki yang diperoleh dengan infaq dan sedekah.
  • Sewaktu berada di khalayak, kawallah pandangan supaya tidak tergoda atau menggoda. Juga tidak terdorong kepada perkara syubhah.
  • Setiap tingkah-laku mesti dikuasai akhlak Islam. Sebaiknya menjadi contoh yang membawa kebaikan kepada manusia lain.
  • Setiap saat dan sepanjang hayat digunakan untuk menuntut dan menambah ilmu bermanfaat.
  • Bulatkan tekad untuk sentiasa menjalani kehidupan Islam serta sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.
  • Ingati juga hak jasad: kesihatan dan ketangkasan fizikal mesti dijaga. Makan dan minum secara sederhana, juga elakkan dari aktiviti dan kerja yang terlalu meletihkan.