Sabtu, 27 Februari 2010

Happy Birthday ya Rasulullah!!!


Salam Alaik Pembuka Bicara

Selamat Hari Lahir ya Rasulullah..

Semoga segala sunnah agungnya menjadi panduan dalam hidup kita...

Rasulullah pernah bersabda :

"Aku tinggalkan dua perkara kepada kalian dan kalian tidak akan sesat selagi mengikuti akan kedua-duanya iaitu AL-QUR'AN dan SUNNAHKU"

So, apa lagi??

Beramal la dengan Sunnahnya



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sabtu, 20 Februari 2010

Jom aminkan sama-sama....

Salam Aliaik Pembuka Bicara

Jom aminkan sama-sama...


video

Doa yang diucapkan oleh Imam Besar Makkah selepas selesai Solat Terawikh...


Selasa, 16 Februari 2010

Kenapa Pemuda Diciptakan???

Salam alaik Pembuka Madah

sajer mahu berkongsi tentang apa yang dibaca....

Kenapa pemuda diciptakan???

Hmmmm...diambil dari Kitab "5 SLOGAN PEMUDA IMPIAN" tulisan "ABDULLAH NASHIH ULWAN"

Hai Pemuda Islam, tahukah anda kenapa anda diciptakan??

1. Anda diciptkan untuk merealisasikan tujuan penyembahan kepada Allah, tunduk kepada Nya dan berserah diri kepadaNya dalam apa saja yang Dia suruh dan larang.

Allah berfirman fi kitabihil Azim

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"
(Adz-Zariyaat:56)


2. Anda diciptakan untuk komitmen dengan manjah (sistem) Rabbani, yang tidak mengandungi kebatilan di dalamnya, sebab manhaj tersebut diturunkan dari Dzat Yang Maha Bijaksana dan Maha Terpuji.

Allah berfirman lagi...

"Dan siapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima darinya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi"
(Ali Imran:85)


3.Anda diciptakan untuk menyerahkan loyaliti dan ketaatan kepada Allah, RasulNya dan orang-orang Beriman.

Allah berfirman lagi dan lagi..

"Sesungguhnya wali (penolong) kalian hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan mereka tunduk(kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut Allah itulah yang menang"
(Al-Maidah:55-56)

hmmm....

apa kata, mari sama-sama kita muhasabah diri kita...
betul ker perbuatan kita selama ini bertepatan dengan tujuan penciptaan kita ini...

sekadar perkongsian bersama-sama.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Khamis, 11 Februari 2010

Kita macam buih???!!!


Diriwayatkan drpd Tahuban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud :

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. MEREKA IBARAT BUIH DI LAUT"

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah s.a.w "Kerana ada 2 penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-WAHN"

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-WAHN?"

Rasulullah s.a.w bersabda:

"CINTAKAN DUNIA & TAKUT AKAN KEMATIAN"

betul ker??? Tanya la diri sendiri yer....

(yang bawah ni di cuplik dari akhi ali irfan utk tatapan bersama)


Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari godaan syaitan dan nafsu, menggariskan 10 dasar muhasabah harian:
  • Qiyamullail – membina kekuatan luar biasa.
  • Solat subuh berjemaah – beroleh jaminan perlindungan dari Allah.
  • Tadabbur dan berwirid dengan al-quran hingga berlinang air mata.
  • Pastikan sumber makanan dan rezeki yang diperoleh dari sumber yang jelas dan halal. Tujuan makan dan minum untuk mendapat tenaga beribadah.
  • Bersihkan diri dari sifat malas, Islam tidak suka pengangguran. Bersihkan rezeki yang diperoleh dengan infaq dan sedekah.
  • Sewaktu berada di khalayak, kawallah pandangan supaya tidak tergoda atau menggoda. Juga tidak terdorong kepada perkara syubhah.
  • Setiap tingkah-laku mesti dikuasai akhlak Islam. Sebaiknya menjadi contoh yang membawa kebaikan kepada manusia lain.
  • Setiap saat dan sepanjang hayat digunakan untuk menuntut dan menambah ilmu bermanfaat.
  • Bulatkan tekad untuk sentiasa menjalani kehidupan Islam serta sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.
  • Ingati juga hak jasad: kesihatan dan ketangkasan fizikal mesti dijaga. Makan dan minum secara sederhana, juga elakkan dari aktiviti dan kerja yang terlalu meletihkan.

Selasa, 9 Februari 2010

Wahai Rasulullah.....


Cintakah kita kepada Rasulullah sebagaimana Rasulullah cinta akan umatnya(kita)???


video


Sekadar renungan dan buat tatapan bersama...

p/s: thanks pd zul atas video ni